Tuesday, December 21, 2010

BoSaN.....

Tiba-tiba hari ini terasa sangat kebosanannya. sampai tak tahu nak buat apa lagi. nak buka facebook rasanya semua status orang dah baca, nak buka surat khabar online pulak macam banyak yang tak best, nak main game tapi rasa otak macam dah rasa penat sangat, bila lama sangat main game kepala pun jadi pening, kerja pulak tak ada. dekat luar pula hujan tak berhenti-henti lagi dari semalam. tau-taulah kan kalu dah hujan tidur lah jalan terbaik. tapi itu kalau kat rumah kalau kat tempat kerja pulak macamana takkan nak tidur jugak kan. jadi, ada beberapa cara yang aku telah laksanakan bagi mengurangkan rasa kebosanan aku ini antaranya adalah aku duk ulang alik dari tempat meja aku dengan toilet kadang22 sehingga 5 kali sejam mengalahkan orang sembelit, selain itu juga disebabkan ramai yang tak masuk pejabat arini, maka dengan kuasa veto yang aku ada keraplah aku mengunyah makanan yang ada haha dan yang paling best adalah mengupdate status blog...bila tiada orang kat pejabat la waktu paling sesuai untuk mengupdate blog hehehe...sebab masa tu juga lah idea untuk menulis ni datang mencurah-curah.....walaubagaimanapun setinggi mana pun tahap kritikalnya kebosanan kita ini jangan abaikan tanggungjawab kepada orang di sekeliling...sEkIaN..

*Bergembiralah dengan cara hidup kita dan bukannya bergembira dengan cara hidup orang lain kerana di situ akan kita temui diri kita yang sejati*

Thursday, November 25, 2010

"Jangan Bersedih"


Sebenarnya statement kat atas tu merupakan tajuk kepada sebuah buku ilmiah yang berunsurkan keagamaan...sebelum ni aku tidak pernah terlintas pun nak beli buku-buku sebegini selalunya yang menarik perhatian ku judul-judul buku seperti mangga, urtv dan majalh-majalh hiburan lain...entah la tak tau apa yang berlaku pada hari tu. bermimpi kot nak pergi ke kedai buku. masih ingat lagi kedai buku tu namanya MPH dekat jusco skudai,jb. tengah asyik baca buku novel di bahagian rak, tiba-tiba terpandang satu tajuk ni "Jangan Bersedih"..terdetik di hatiku buku ni macam menarik untuk ku dalami isi kandungan..selepas aku selak beberapa halaman di bahagian buku ini, maka benarlah kata hatiku buku ini betul-betul menarik untuk dibaca..buku ini sebenarnya banyak memotivasikan diri aku untuk menjadi seorang yang kuat, lebih tabah dengan pelbagai dugaan serta kesukaran yang dialami. ianya seperti ada jawapan terhadap persoalan yang timbul dalam diri aku sendiri...benarlah kata orang banyak membaca luas pandanganya..kadang-kadang kita tidak akan berfikir dengan pemikiran yang sempit tetapi akan lebih terbuka terhadap sesuatu yang terjadi terhadap diri kita selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran agama....

*sekarang aku tidak menangis lagi hehe , hidup adalah sesuatu yang indah untuk dinikmati:)"

Saturday, October 16, 2010

Orang keje ak x keje

sebenarnya aku bukan tak nak kerja tapi aku kesiankan akak aku yang sorang ni, nampak sangat la dia letih dengan keja yang dia duk buat..so aku yang baik ati ni tlg la kan sikit22...tapi kan best jugak tolong22 orang ni sebab rasanya macam kita pulak jadi bos..bila aku rasa nak mengamuk, aku mengamuk la...bila dah dapat benda yang aku nak aku senyapla...memang bahgia la keje macam tu...orang lain bos tapi aku lebih berkuasa..hahahahaha....tapi bila difikir-fikirkan balik aku pulak la yang rugi umur dah makin meningkat tapi belum dapat kerja macamana tu...kawan-kawan yang lain suma dah dapat kerja boleh dikatakan duit kat bank tu memang simpanan diorang lahhh hehehehehe....nampaknya lepas ni kena kerja kuat lagi lah..."

*hidup tidak seperti anda bayangkan"*

...konvo Saya...

Akhirnya berjaya jugak aku bergelar seorang graduan selepas penat aku melalui pelbagai halangan dari lebuhraya timur hingga lah selatan hehe....sebenarnya majlis konvokesyen ini diadakan pada 26 september 2010 tetapi arini baru aku sempat menjengguk blog ni dan jugak mengupload gambar...terima kasih sangat22 buat family yang turut sama dlm majlis ni...terutama ibunda tersayang walaupun jauh untuk sampai kesini tapi dia sanggup datang juga kerana aku....



time ni jugak lah wktu terakhir bersama kengkawan22 yang banyak membntu sepanjang di utm ni....terasa rindu pulak kat diorang rindu nk makan sama22, jalan22, dan buat macam22 lagi terasa sekejap je time belajar kat utm ni...semoga sahabatku sentiasa berbahagia dan berjaya dalam kehidupan mereka dunia dan akhirat.... rindunya kat korang...paling rindu nasi ayam penyet kat arkeb chengal memang terbaekk punyalah(hehe)..



Wednesday, September 1, 2010

Raya Oh Raya

tak lama lagi raya akan menjelang tiba..tak sabar rasanya nak sambut lebaran tahun ni. kat corong-corong radio dah banyak yang memutarkan lagu raya..supermarket22 pula sibuk buat sale lagi lah terasa kemeriahan ditambah pulak lagu-lagu raya diputarkan. cakap tentang raya ni faveret aku punya lagu raya ialah Bila Raya Menjelma nyanyian siti nurhaliza...memang feeling abisla, lagi satu lagu m nasir Satu Hari Di Hari Raya..sebab dah nak raya ni jom layan lagu raya...baik punya lah!!

dikesempatan ini juga aku nak mengucapkan selamat ari raya aidilfitri buat semua, semoga hari yang mulia ini kita dapat bersama-sama dengan orang yang kita sayangi dan kemeriahan raya lebih terasa....

Siti Nurhaliza - Bila Raya Menjelma

Anggun si dara jelita berselindang dan ber'baya
Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya
Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa ampun dan maaf dipinta

Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia semuanya bergembira
Tua muda miskin kaya berbeza tidak berbeza


Mari adik marilah bang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kitalupakan
Sila adik silakan bang sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada

Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya

Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang

powered by







Thursday, July 8, 2010

lata Belatan,terengganu


Lokasinya adalah di Lata Belatan, Terengganu.mgambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai kesini..kalau bawa kanak22 lagi best...air tmpat u mndi agak cetek dan selamat untuk budak22 kecik bermain...tapi sangat rugi sebab kami hanya berada sekejap sahaja disini kerana ketika tiba disini sudah agak lewat. tetapi sempat juga untuk mandi manda dan ber BBQ



kalau percutian untuk keluarga ianya amat sesuai kerana tidak membahayakan...selain itu juga air disini agak jernih dan kemudahan disini agak lengkap dan persekitaranya agak bersih...orang cakap sedap mata memandang...


kalau boleh nk datang lagi sebab tak puas ari tu hehehe...^_^





sabah bah!!!!

Pada 5 jun 2010 yang lepas kami berpeluang untuk melawat negeri sabah. kami sangatlah teruja untuk kesana kerana itulah kali pertama kami menjejakkan kaki ke negeri sabah. sebelum ini hanyalah mendengar cerita dari kawan-kawan dan juga saudara mara. terlintas di fikiran kami pada masa itu adalah keindahan negeri sabah terutamanya lautnya yang sanggat biru dan cantik dan cukup berbeza dengan keadaan di semenanjung. di sabah kami hanya berkesempatan untuk ke tawau dan semporna (kampung tampi22).


Benda yang paling kelakar masa kat sana, ketika kami megunjungi pasar ikan tawau(kalau x silap). kami sangat la teruja bila melihat seekor ikan kerapu yang sgt besar siap brgmbar33 lagi. abis orang kat pasar tu suruh kami ambik gmbar dgn ikan22 yang ada kat sana.....sebenarnya sangt22lah segan waktu itu.sangat puas rasanya sampai jugak ke sabah. almaklumlah selama ni duk main kat kawasan semenanjung je tu pun tak abis pusing lagi hehehe.

Terima kasih la kat sedara kami yang kat sabah tu saudara wan mohd khairul atas layanan sepanjang berada di sabah tu...lain kali kami datang lagi hehehe..sepanjag duk sana rasanya jalan je tak henti22 bila kat umah je baru lah berhenti jalan..hehhehehe....memang penuh dengan pengisian lah...:)



Time ni waktu senja kat tawau. muka semua da penat222. ni la akibatnya bila jalan kuat sangat. tapi x per ati suka ria hehhehe..kalau ikutkan hati nak jalan jer tapi tu lah kat sabah ni awal sangat malamnya sama jugak siangnya... mula22 kat sana rasa pelik la jugak bila pukul 5 tu dah nak kena bangun..alamak terumpat (hehehehe)