Monday, November 28, 2011

Cuti awal muharram

Disebabkan johor hari ahad adalah cuti oleh itu cuti awal muharram di bawa kepada hari ini..tiba-tiba rasa sangat boring dan malasnyeee nak buat kerja..walaupun kerja sekolah masih bertimbun tetapi mood nak membuatnya memang tak berapa nak banyaknyee..tak tau kenapa darjah kemalasan begitu tinggi sekali walaupun tarikh due date untuk semua kerja dah semakin  dekat..kadang-kadang perlukan satu semangat untuk menyelesaikan semua ini..serius sangat malas dari pagi tadi tak buat apa-apa pun..aishhhh betul-betul membuatkan diri ini tersangat la penat dan letih..dah rasa macam robot pun ada huhuhu...sempena maal hijarah ni elok rasanya aku berubah daripada malas kepada rajin, dan yang paling penting berubah kepada sesuatu yang lebih baik yang boleh mendatangkan kebaikan kepada diri kita...:)

*Semoga Tahun Ini Adalah Lebih Baik Daripada Sebelumnya*

Sunday, November 27, 2011

Banyaknya Kerja!!!

Semester ni betul-betul menguji kesabaranku, kecekalan hatiku kadang-kadang nak berhenti je terus. tapi itu bukan tindakan yang harus dilakukan. dengan paper untuk conference, refleksi lagi, mini research lagi tu belum campur dengan yang kena presentation, kena baca journal lagi..waaa tensen-tensen.  semua kena buat dalam tempoh yang tinggal sebulan ni, tapi kerja habuk pun tak siap lagi..adoiilaaa pening-pening tak buat karang aku pulak yang rugi, buat je lah..tapi yang ruginya hasil kerja tak memuaskan hati sangat. sungguh berbeza masa  belajar dulu-dulu ada jugak la masa nk buat perkara lain.

waktu ni semuanya kena lihat secara positif, dengan releks-releks kerja boleh settle dengan lebih baik  daripada sambil tensen sambil buat kerja confirm tak siap campur otak pun jadi serabut kadang-kadang mungkin kena hargai waktu seperti ini sebab dia menjadikan kita lebih matang orang kata makin matang orang tu makin matang jugak lah masalahnya sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi tubuh yang sihat kekuatan mental dan fizikal untuk hadapi semua ini ketenangan dalam berfikir dan segala-galanya tak sabar untuk menghabiskan tempoh belajar ni insyaAllah kalau tidak ada apa-apa masalah habislah bulan 7 tahun depan serik dah kot nak belajar huhuhu tapi bersyukur juga kerana diberi peluang untuk merasainya kerana tidak semua orang akan dapat merasai apa yang kita rasa sesungguhnya rezeki untuk setiap manusia itu adalah berbeza-beza bersyukurlah dengan apa yang ada

namun begitu jangan pernah mudah menyerah dan berasa cukup kerana kita perlu sentiasa mempertingkatkan diri kita tidak kira dari segi ilmu, kerjaya, harta yang halal, keluarga dan yang penting keimanan dan ketakwaan kepada Allah Pesanan ini juga buat diriku..kerana aku masih terlalu hina di sisi Allah jika dibandingkan dengan insan lain..bersama-samalah kita memuhasabahkan diri masing-masing walaupun banyak mana pun kerja mesti ingat sentiasa Pencipta yang mencipta kita..kerana disitulah tempat kita akan kembali
yang kekal abadi..

*Walau Apapun Halangan Di Hari-Hari Mendatang Nikmatilah Ia Sebaik Mungkin Kerana Ianya Adalah Lebih Baik*