Saturday, August 13, 2011

Salam Ramadan

Alhamdulillah kita masih berpeluang untuk bersua lagi dengan ramadan kali ini. terasa sayu dihati kerana masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menikmati ramadan kali ini. Setiap kali ramadan tiba kita pasti memasang impian dan azam untuk menyempurnakan sebaik mungkin bulan ramadan dengan ibadah dan amalan-amalan kerohanian yang lain. Disebabkan itu bulan ramadan sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat islam di seluruh dunia kerana dibulan itu terlalu banyak ganjaran pahalanya.


Rasulullah saw pernah bersabda: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.

Kenapa aku mengatakan begitu sayunya hatiku kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu ramadan kali ini kerana 2, 3 hari sebelum tibanya ramadan ramai yang ku kenali telah pergi mengadap Illahi. Kadang-kadang ku terfikir benarlah ada yang berkata " mungkinkah ini ramadan terakhir buatku". Disaat dalam kegembiraan kita menunggu ramadan yang akan kunjung tiba tiada siapa yang menyangka ramadan yang lalu adalah ramadan yang terakhir buat diri kita.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk kita memohon keampunan atas kekhilafan yang dilakukan selama ini. Bercakap mengenai bulan ramadan kita pasti akan terbayangkan bazar-bazar ramadan, solat terawih, pengumuman puasa, mercun-mercun dan sebagainya. Contohnya mercun baru sehari je berpuasa dah berbunyi "pang pung pang pung"sebelah sana sini. kalau dahulu mercun ni sangat sinonim apabila beberapa hari nak tiba hari raya. tapi zaman sekarang agak berbeza mercun pada awal22 bulan ramadan pun dah ada. sebab tu la kot "feel raya" awal-awal bulan puasa pun dah ada. 

walaupun entry ini ditulis selepas 13 ramadan, aku nak jugak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua  walaupun sudah agak terlewat hehehehe...



* Selamat menunaikan ibadah puasa, solat tarawih dan bertadarus Al-Quran*