Monday, April 30, 2012

satu bulan lagi..:)

Sesungguhnya masa begitu pantas sekali
tinggal sebulan je lagi nak habis study, bagaikan baru semalam berada disini
semoga semuanya berjalan dengan baik
berusaha untuk menghabiskan sisa-sisa kerja yang masih tertangguh lagi
makin dekat nak habis perasaan malas makin membuak-buak
semoga aku terus kuat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang
serta menjadi seorang yang lebih matang dan serius
nak buat macamana aku suka menyakat orang
dan kadang-kadang benda serius aku buat main hehhe
bukan apa saja je nak menggembirakan orang sekeliling
rugi rasanya jika hari-hari yang dilalui diisi dengan kesedihan
boleh untuk bersedih tetapi sekejap sudah cukup hehe
lebih baik bergembira dengan hari-hari yang ada
mana tahu esok mungkin sudah tiada buat kita lagi kan....


*Bergembiralah Dengan Waktu-Waktu Yang Ada...Kerana Ianya Datang Dan Pergi...:)*

Tuesday, January 17, 2012

Bye bye JB

Yeahhhh da abis semester, tinggal satu semester lagi.. hoho sangat rushing dua tiga hari ini sebab nak kejar tarikh untuk balik rumah..fuhh nasib baik sempat siapkan semua kerja yang sepatutnya...badan tersangatlah letih dan tak larat..tak sabar nak naik bas dan tidur, bangun-bangun esok pagi dah sampai rumah. Home sweet home walaupun dapat cuti sebulan sebenarnya tak lama pun. pejam celik pejam celik sekejap je. Hari ni sejarah telah berlaku, buat kali pertamanya ak tidak menepati janji yang aku dah buat dengan pensyarah aku untuk jumpa dia dan discuss pasa tesis. Ni sebab kerana terlalu penat letak je kepala atas tilam terus terlentok walaupun dan kunci alarm. hopefully pensyarah aku tu tak fikir yang aku sengaja tak jumpa dia serius tak sengaja..walauapapun yang penting malam ni ak balik kampung...hehehehe.. sila jangan jeles kepada ina si kuna-kuna dan simah hahaha...tapi aku lagi jeles kat diaorang ni..sorang naik kereta balik kg, sorang lagi naik flight.....aku naik bas je...nasib baik tak naik motor balik kg hahahha....jumpa kamu-kamu semua, sorang kat pauh jabit sorang kat pauh sembilan..nama kampung satu buah-buahan tempatan, satu lagi buah buahan import...hehehe....gud bye JB...

*Selamat tinggal JB bulan depan saya datang lagi*

Sunday, January 15, 2012

Finally..

Unbeliavable...itu sahaja ucapan yang aku boleh ungkapkan untuk menggambarkan kepayahan mengharungi semester ini yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Alhamdulillah berjaya juga mengharunginya walaupun terasa sangat perit ketika melaluinya....wahhh tinggal satu semester lagi untuk habiskan study...lepas tu dah boleh fikir untuk kerja, kumpul wang dan macam-macam lagi lah hehehe.Master ni tak susah sangat tetapi beban kerja tersangat lah banyak.. memang menuntut komitmen yang sangat tinggi...aku pun kadang-kadang sampai menangis jugak nak siapkan kerja-kerja yang ada. start dari jurnal sehingga lah research. Tapi yang yang tak berapa best master ni terlalu banyak kena buat mini research. Rasanya dah banyak sangat kot mini-mini research yang aku dah buat..Tapi part yang paling best jugak banyak benda yang aku boleh belajar, yang sebelum ini aku mungkin tak tahu sangat..tak sabar rasanya nak habiskan semester depan dan mulakan dengan perancangan masa depan yang lebih baik...Yeahaaaaaa

*Harap-harap tiadalah subjek yang sangkut, InsyaAllah*

Thursday, January 12, 2012

Kita juga boleh

Jangan berputus asa disaat kita jatuh tersungkur. Kadang kala apabila itu berlaku kita lebih bermuhasabah diri dan lebih kenal siapa diri kita, siapa lawan dan siapa kawan. Tiada siapa yang akan membantu diri kita melainkan diri kita sendiri. Orang lain mungkin boleh menjadi penasihat yang baik tapi yang menanggungnya adalah diri kita sendiri. Janganlah terus terlena dibuai emosi yang akhirnya akan merencatkan perjalanan kita menuju apa yang kita impikan


Kita juga boleh. Boleh bangkit kembali dari kesedihan dan kekecewaan. Tidak semua orang mampu melaluinya, tapi jika kita berjaya melaluinya pasti ada sesuatu yang baik mengiringi kita. Senang orang bercakap apabila kita berjaya, dan senang juga orang bercakap apabila kita gagal. Tetapi apa yang pasti orang lagi gembira jika kita gagal. Sudah lumrah sifat manusia sebegitu, kita juga kadang kala tidak boleh lari daripada  mempunyai sifat sebegitu.

Kita juga boleh. Boleh mencapai apa yang kita impikan. Cuma yang membezakannya adalah azam dan semangat. Namun dalam keghairahan kita mengejar impian kita juga perlu sedar bahawa rezeki setiap anak Adam itu telah ditetapkan dari azali lagi. Kita hanya merancang tetapi Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya. Sehebat mana pun kita mengejar apa yang kita impikan, tetapi jika sudah tertulis ianya bukan milik kita, ia tetap takkan menjadi hak kita. Dan walaupun sesukar mana jalan yang kita lalui untuk mencapai impian itu, tetapi jika sudah tertulis ianya adalah milik kita, ia tetap menjadi milik kita.

Kita juga boleh. Boleh untuk mengubah hidup kita kepada keadaan yang lebih baik. Namun, Ramai orang hari ini menyalahkan takdir kerana kegagalan dalam hidup dan sering berkata ''sesungguhnya semua telah ditakdirkan''. Sedangkan kita tidak pernah untuk berusaha kearah itu, jelas semuanya adalah berpunca daripada diri kita sendiri. Mungkin kegagalan adalah suatu yang pahit untuk ditelan tetapi percayalah itulah menjadikan kita lebih matang. Matang dalam menghadapi dunia hari ini yang penuh cabaran. Pastinya jika kita tidak kuat, kita pasti terhanyut sama.

Kita juga boleh. Boleh membahagiakan orang sekeliling kita walaupun kadang-kadang mereka menyakitkan hati. Tetapi merekalah yang setia berada disamping kita apabila masalah mendampingi kita. Bukan kawan, bukan boyfriend, bukan sahabat tetapi semestinya adalah keluarga kita. Kadang-kadang bukan semua masalah kita boleh berkongsi dengan orang lain selain keluarga kita sendiri, kerana merekalah penawar segala-galanya. Ada disaat kita jatuh, ada disaat kita untuk bangkit kembali namun tiada disaat apabila kita berjaya. Kenapa itu berlaku, kadang-kadang kita selalu berdoa disaat kita jatuh agar kita mampu untuk membalas segala kepercayaan, semangat yang diberikan. Namun kita tidak tahu percaturan Illahi, mereka pergi disaat kita sedang meniti tangga kejayaan. Disaat kita mampu untuk berjalan sendiri, disaat kita ingin memberikan sesuatu kepada mereka. Dan ketika itulah kita akan sedar betapa berharganya mereka buat diri kita.

Kita juga boleh. Pergilah ke tempat yang ingin kita tujui, capailah apa yang kita impikan, sayangilah orang yang ingin kita sayangi, kerana kita hanya mempunyai satu kehidupan sahaja, semuanya bergantung kepada diri sendiri selagi tidak bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah buat hambanya. Tidak mudah namun tidak juga susah......

*Kita Hanyalah Manusia Biasa Sahaja*

Tuesday, January 10, 2012

Dah lepas satu paper

Penat kot diusia macam ni pun kena still baca buku campur kena menghafal campur kena main tambah tolak darab ni. kalau lah exam tak ada kan best, bagi lulus gagal jer kan senang belajar pun jadi lebih ikhlas hehe..alhamdulillah boleh menjawab dengan jayanya kesemua soalan-soalan tu dan tiba-tiba dah sampai bilik baru teringat satu soalan ini...opppsss huhu rupannya tersalah baca soalan. jarang-jarang sekali tersalah baca soalan ni, dan bila diselidik balik rupanya dalam soalan yang sama ada dua perkara yang berbeza...huhu nasib la, nasib baik 4 markah je, jadi ada lagi 96 markah hahha... perasan macam la akan dapat markah tu semua.. tapi apa-apapun sangat bersyukur diberi ketenangan dalam menjawab soalan tadi. almaklumlah aku ni jenis gelabah sikit..hopefully dapat gred yang baik, bukan senang nak skor tapi tak mustahil. kalau tengok dakwat pen yang nak habis sebatang tu memang patut dapat A la kot hahhaaha...apa yang penting aku dah usaha dan seterusnya aku bertawakkal sahaja...itu adalah lebih baik hehe..so, design curriculum in tve please tinggalkan memori indah kepada saya dengan memberikan gred yang paling cantikk hehe. Next application of statistics in educational research....assalamualaikum

*Dengan Ada Exam La, Baru Kita Baca Buku hehe*