Wednesday, February 23, 2011

sesaat waktu....

sesaat waktu,
akhirnya ianya berlalu jua,
aku cuba mengisinya dengan sepenuh kerjaku, 
namun ia nya berlalu jua,
kadang-kadang aku cuba untuk gunakan sesaat itu,
tapi akhirnya aku tertewas jua,
sesaat itu pergi jua,
sesaat waktu,
aku cuba menikmatinya di hari-hariku,
agar tiada penyesalan di hati sanubariku,
aku cuba dan terus mencuba,
tetapi sesaat itu terus pergi jua,
aku merintih,
aku telah mencuba,
tetapi ianya  pergi jua.

sesaat waktu,
perginya tanpa tingallkan pesan,
datangnya begitu sahaja,
aku cuba untuk menggapainya,
namun amat lemah buatku,
ianya pergi jua.

sesaat waktu,
tidak akan sesekali menungguku,
aku pasrah,
aku terkenang-kenang sesaat itu,
tetapi apa dayaku,
ianya pergi jua.....

sesaat waktu
aku cuba untuk mendapatkan kebahagiaan sesaat itu,
sesaat waktu