Thursday, November 25, 2010

"Jangan Bersedih"


Sebenarnya statement kat atas tu merupakan tajuk kepada sebuah buku ilmiah yang berunsurkan keagamaan...sebelum ni aku tidak pernah terlintas pun nak beli buku-buku sebegini selalunya yang menarik perhatian ku judul-judul buku seperti mangga, urtv dan majalh-majalh hiburan lain...entah la tak tau apa yang berlaku pada hari tu. bermimpi kot nak pergi ke kedai buku. masih ingat lagi kedai buku tu namanya MPH dekat jusco skudai,jb. tengah asyik baca buku novel di bahagian rak, tiba-tiba terpandang satu tajuk ni "Jangan Bersedih"..terdetik di hatiku buku ni macam menarik untuk ku dalami isi kandungan..selepas aku selak beberapa halaman di bahagian buku ini, maka benarlah kata hatiku buku ini betul-betul menarik untuk dibaca..buku ini sebenarnya banyak memotivasikan diri aku untuk menjadi seorang yang kuat, lebih tabah dengan pelbagai dugaan serta kesukaran yang dialami. ianya seperti ada jawapan terhadap persoalan yang timbul dalam diri aku sendiri...benarlah kata orang banyak membaca luas pandanganya..kadang-kadang kita tidak akan berfikir dengan pemikiran yang sempit tetapi akan lebih terbuka terhadap sesuatu yang terjadi terhadap diri kita selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran agama....

*sekarang aku tidak menangis lagi hehe , hidup adalah sesuatu yang indah untuk dinikmati:)"