Wednesday, September 1, 2010

Raya Oh Raya

tak lama lagi raya akan menjelang tiba..tak sabar rasanya nak sambut lebaran tahun ni. kat corong-corong radio dah banyak yang memutarkan lagu raya..supermarket22 pula sibuk buat sale lagi lah terasa kemeriahan ditambah pulak lagu-lagu raya diputarkan. cakap tentang raya ni faveret aku punya lagu raya ialah Bila Raya Menjelma nyanyian siti nurhaliza...memang feeling abisla, lagi satu lagu m nasir Satu Hari Di Hari Raya..sebab dah nak raya ni jom layan lagu raya...baik punya lah!!

dikesempatan ini juga aku nak mengucapkan selamat ari raya aidilfitri buat semua, semoga hari yang mulia ini kita dapat bersama-sama dengan orang yang kita sayangi dan kemeriahan raya lebih terasa....

Siti Nurhaliza - Bila Raya Menjelma

Anggun si dara jelita berselindang dan ber'baya
Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya
Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa ampun dan maaf dipinta

Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia semuanya bergembira
Tua muda miskin kaya berbeza tidak berbeza


Mari adik marilah bang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kitalupakan
Sila adik silakan bang sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada

Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya

Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang

powered by