Wednesday, October 12, 2011

Masih Di Kampus

Sudah lama agaknya tidak update status di blog ni. Almaklumlah agak busy dengan kuliah dan kerja-kerja yang seangkatan denganya. Malam ini sebab tak boleh nak tido adalah peluang untuk menjenguk blog yang sudah lama tak dijenguk. Wahhh hampir 2 bulan jugak tak kemaskini blog ni dan nampaknya perasaan untuk menulis makin membuak-buak hehehe

Masih di kampus?? rakan-rakan yang lain kebanyakan sudah bekerja dan ada juga yang telah selamat diijabkabulkan, dan ada jugak yang sudah beranak pinak..wahhh tahniah korang. Tinggal diri ini sahaja yang meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Actually rasa sunyi sangat apabila terpaksa berhadapan dengan buku sorang-sorang tanpa kawan yang selama ini sentiasa ada bersama kita ketika susah atau senang. Kadang-kadang rindu sangat dekat mereka semua, rindu kepada semua orang yang pernah ada bersama kita suatu masa dahulu, teman berbual bicara, teman untuk lepas tensen, makan-makan, jalan-jalan dan segala macam aktiviti. Tetapi kini kena lalui sorang-sorang. Mula-mula tu sedih juga sampaikan setiap kali tengok tempat-tempat yang selalu lepak rasa macam nak menangis jer sebab banyak sangat kenangan disitu. Tetapi kini semuanya sudah berlalu pergi. Sekarang kena lebih berdikari dan hati kena lebih kuat dan tabah. Bukan senang untuk dilakukan dan bukan sukar juga untuk melaluinya. Dulu ada saudara yang belajar tempat yang sama, kalau kawan-kawan tak ada dia lah teman. Memang best la masa tu tak lah sesedih seperti pada hari ini. Urmmm actually tak sabar-sabar nak habis belajar ni sebab terlalu rindukan semua orang terutamanya keluarga kat kampung. Mujur semangat nak belajar tu kuat lagi, sebab kita nak gapai impian tu so kena berusaha kearah itu. kita selesaikan dulu tanggungjawab terhadap diri kita dan seterusnya bertawakkal sahajalah kepada Allah s.w.t. Tidak semua apa yang kita impikan akan kita capai. sebalik kegagalan itu pasti tersimpan seribu hikmah di sebaliknya. kadang-kadang sesuatu itu tidak akan datang pada waktu yang kita harapkan tetapi kadang-kadang ianya datang pada waktu yang tidak kita jangka. kadang-kadang surprise jugakkan hidup ni. 

Urmmm apa lagi nak ditulis...hehehe....sambung balik yang atas la iya..haa sekrang dah tak sedih-sedih dah mungkin sebab terlebih motivasi plus semangat yang membuak-buak nak habiskan belajar ni. Nak dapatkan sesuatu kita kena kuat berusaha plus doa yang tidak putus-putus walau apapun cabaran dan dugaan yang mendatang...senang je kalau nak naikkan semangat, kira hari nak balik rumah hehehehe confirm semangat gred A punya. cayok cayok!!!!aja aja fighting!!! selamat malam semua walaupun sebenarnya dah pagi...:)

*Kadang-Kadang Saya Sangat-Sangat Merindui Orang-Orang Yang Pernah Berada Di Sekeliling Saya Pada Suatu Masa Dahulu*