Monday, November 28, 2011

Cuti awal muharram

Disebabkan johor hari ahad adalah cuti oleh itu cuti awal muharram di bawa kepada hari ini..tiba-tiba rasa sangat boring dan malasnyeee nak buat kerja..walaupun kerja sekolah masih bertimbun tetapi mood nak membuatnya memang tak berapa nak banyaknyee..tak tau kenapa darjah kemalasan begitu tinggi sekali walaupun tarikh due date untuk semua kerja dah semakin  dekat..kadang-kadang perlukan satu semangat untuk menyelesaikan semua ini..serius sangat malas dari pagi tadi tak buat apa-apa pun..aishhhh betul-betul membuatkan diri ini tersangat la penat dan letih..dah rasa macam robot pun ada huhuhu...sempena maal hijarah ni elok rasanya aku berubah daripada malas kepada rajin, dan yang paling penting berubah kepada sesuatu yang lebih baik yang boleh mendatangkan kebaikan kepada diri kita...:)

*Semoga Tahun Ini Adalah Lebih Baik Daripada Sebelumnya*

Sunday, November 27, 2011

Banyaknya Kerja!!!

Semester ni betul-betul menguji kesabaranku, kecekalan hatiku kadang-kadang nak berhenti je terus. tapi itu bukan tindakan yang harus dilakukan. dengan paper untuk conference, refleksi lagi, mini research lagi tu belum campur dengan yang kena presentation, kena baca journal lagi..waaa tensen-tensen.  semua kena buat dalam tempoh yang tinggal sebulan ni, tapi kerja habuk pun tak siap lagi..adoiilaaa pening-pening tak buat karang aku pulak yang rugi, buat je lah..tapi yang ruginya hasil kerja tak memuaskan hati sangat. sungguh berbeza masa  belajar dulu-dulu ada jugak la masa nk buat perkara lain.

waktu ni semuanya kena lihat secara positif, dengan releks-releks kerja boleh settle dengan lebih baik  daripada sambil tensen sambil buat kerja confirm tak siap campur otak pun jadi serabut kadang-kadang mungkin kena hargai waktu seperti ini sebab dia menjadikan kita lebih matang orang kata makin matang orang tu makin matang jugak lah masalahnya sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi tubuh yang sihat kekuatan mental dan fizikal untuk hadapi semua ini ketenangan dalam berfikir dan segala-galanya tak sabar untuk menghabiskan tempoh belajar ni insyaAllah kalau tidak ada apa-apa masalah habislah bulan 7 tahun depan serik dah kot nak belajar huhuhu tapi bersyukur juga kerana diberi peluang untuk merasainya kerana tidak semua orang akan dapat merasai apa yang kita rasa sesungguhnya rezeki untuk setiap manusia itu adalah berbeza-beza bersyukurlah dengan apa yang ada

namun begitu jangan pernah mudah menyerah dan berasa cukup kerana kita perlu sentiasa mempertingkatkan diri kita tidak kira dari segi ilmu, kerjaya, harta yang halal, keluarga dan yang penting keimanan dan ketakwaan kepada Allah Pesanan ini juga buat diriku..kerana aku masih terlalu hina di sisi Allah jika dibandingkan dengan insan lain..bersama-samalah kita memuhasabahkan diri masing-masing walaupun banyak mana pun kerja mesti ingat sentiasa Pencipta yang mencipta kita..kerana disitulah tempat kita akan kembali
yang kekal abadi..

*Walau Apapun Halangan Di Hari-Hari Mendatang Nikmatilah Ia Sebaik Mungkin Kerana Ianya Adalah Lebih Baik*

Wednesday, October 12, 2011

Masih Di Kampus

Sudah lama agaknya tidak update status di blog ni. Almaklumlah agak busy dengan kuliah dan kerja-kerja yang seangkatan denganya. Malam ini sebab tak boleh nak tido adalah peluang untuk menjenguk blog yang sudah lama tak dijenguk. Wahhh hampir 2 bulan jugak tak kemaskini blog ni dan nampaknya perasaan untuk menulis makin membuak-buak hehehe

Masih di kampus?? rakan-rakan yang lain kebanyakan sudah bekerja dan ada juga yang telah selamat diijabkabulkan, dan ada jugak yang sudah beranak pinak..wahhh tahniah korang. Tinggal diri ini sahaja yang meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Actually rasa sunyi sangat apabila terpaksa berhadapan dengan buku sorang-sorang tanpa kawan yang selama ini sentiasa ada bersama kita ketika susah atau senang. Kadang-kadang rindu sangat dekat mereka semua, rindu kepada semua orang yang pernah ada bersama kita suatu masa dahulu, teman berbual bicara, teman untuk lepas tensen, makan-makan, jalan-jalan dan segala macam aktiviti. Tetapi kini kena lalui sorang-sorang. Mula-mula tu sedih juga sampaikan setiap kali tengok tempat-tempat yang selalu lepak rasa macam nak menangis jer sebab banyak sangat kenangan disitu. Tetapi kini semuanya sudah berlalu pergi. Sekarang kena lebih berdikari dan hati kena lebih kuat dan tabah. Bukan senang untuk dilakukan dan bukan sukar juga untuk melaluinya. Dulu ada saudara yang belajar tempat yang sama, kalau kawan-kawan tak ada dia lah teman. Memang best la masa tu tak lah sesedih seperti pada hari ini. Urmmm actually tak sabar-sabar nak habis belajar ni sebab terlalu rindukan semua orang terutamanya keluarga kat kampung. Mujur semangat nak belajar tu kuat lagi, sebab kita nak gapai impian tu so kena berusaha kearah itu. kita selesaikan dulu tanggungjawab terhadap diri kita dan seterusnya bertawakkal sahajalah kepada Allah s.w.t. Tidak semua apa yang kita impikan akan kita capai. sebalik kegagalan itu pasti tersimpan seribu hikmah di sebaliknya. kadang-kadang sesuatu itu tidak akan datang pada waktu yang kita harapkan tetapi kadang-kadang ianya datang pada waktu yang tidak kita jangka. kadang-kadang surprise jugakkan hidup ni. 

Urmmm apa lagi nak ditulis...hehehe....sambung balik yang atas la iya..haa sekrang dah tak sedih-sedih dah mungkin sebab terlebih motivasi plus semangat yang membuak-buak nak habiskan belajar ni. Nak dapatkan sesuatu kita kena kuat berusaha plus doa yang tidak putus-putus walau apapun cabaran dan dugaan yang mendatang...senang je kalau nak naikkan semangat, kira hari nak balik rumah hehehehe confirm semangat gred A punya. cayok cayok!!!!aja aja fighting!!! selamat malam semua walaupun sebenarnya dah pagi...:)

*Kadang-Kadang Saya Sangat-Sangat Merindui Orang-Orang Yang Pernah Berada Di Sekeliling Saya Pada Suatu Masa Dahulu*



Saturday, August 13, 2011

Salam Ramadan

Alhamdulillah kita masih berpeluang untuk bersua lagi dengan ramadan kali ini. terasa sayu dihati kerana masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menikmati ramadan kali ini. Setiap kali ramadan tiba kita pasti memasang impian dan azam untuk menyempurnakan sebaik mungkin bulan ramadan dengan ibadah dan amalan-amalan kerohanian yang lain. Disebabkan itu bulan ramadan sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat islam di seluruh dunia kerana dibulan itu terlalu banyak ganjaran pahalanya.


Rasulullah saw pernah bersabda: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.

Kenapa aku mengatakan begitu sayunya hatiku kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu ramadan kali ini kerana 2, 3 hari sebelum tibanya ramadan ramai yang ku kenali telah pergi mengadap Illahi. Kadang-kadang ku terfikir benarlah ada yang berkata " mungkinkah ini ramadan terakhir buatku". Disaat dalam kegembiraan kita menunggu ramadan yang akan kunjung tiba tiada siapa yang menyangka ramadan yang lalu adalah ramadan yang terakhir buat diri kita.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk kita memohon keampunan atas kekhilafan yang dilakukan selama ini. Bercakap mengenai bulan ramadan kita pasti akan terbayangkan bazar-bazar ramadan, solat terawih, pengumuman puasa, mercun-mercun dan sebagainya. Contohnya mercun baru sehari je berpuasa dah berbunyi "pang pung pang pung"sebelah sana sini. kalau dahulu mercun ni sangat sinonim apabila beberapa hari nak tiba hari raya. tapi zaman sekarang agak berbeza mercun pada awal22 bulan ramadan pun dah ada. sebab tu la kot "feel raya" awal-awal bulan puasa pun dah ada. 

walaupun entry ini ditulis selepas 13 ramadan, aku nak jugak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua  walaupun sudah agak terlewat hehehehe...



* Selamat menunaikan ibadah puasa, solat tarawih dan bertadarus Al-Quran*

Saturday, June 25, 2011

Terima kasih Ya Allah

Tiada kata yang mampu ku lafazkan sebagai tanda syukurku sebagai seorang hamba terhadap penciptanya. Terima kasih Ya Allah Terima kasih Ya Allah Terima kasih Ya Allah....Disaatku sering melupakan suruhannya Dia setia memberi kasih dan rahmat terhadap hambanya. Disaatku hampir berputus asa Dia memberikan jalan untukku lalui, Disaatku di pertengahan jalan Dia tunjukkan jalan yang harus ku tuju..Disaatku dalam kesusahan Dia sentiasa ada bersama diriku..Sungguh agungnya kasih seorang pencipta terhadap hambanya..

Mungkin ini permulaan buat segala-galanya. Ketikaku tekad untuk menamatkan segala-galanya Dia hadirkan sinar buat diriku. Mungkin itulah yang terbaik untuk diriku dan mungkin itu yang harus aku lalui walaupun ianya penuh rintangan yang harus kutempuhi. Semoga semuanya dipermudahkan dan semoga diriku terus tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Syukur padamu Ya Allah atas segala kurniaan yang Kau berikan ke atas hambamu ini..




Saturday, April 30, 2011

SoMeTiMe...

Sometime 
benda yang kita impikan susah sangat-sangat nak dapat
sometime kita rasakan kenapa kita tidak dapat seperti apa yang orang lain dapat
dan sometime juga kita berfikir indahnya kalau kita jadi seperti itu
sometime kita melihat diri kita serba tak kena
sometime kita fikir semua yang kita dapat negatif-negatif semua
sometime kita sangat-sangat kecewa
dan sometime kita sangat-sangat sunyi
dan sometime kita sangat-sangat marah
dan sometime kita sangat-sangat sedih
sometime juga kita seharusnya bersyukur
kerana kita masih lagi mampu untuk menghirup dan menghembus udara
sometime kita kena sedar apa yang terjadi hanyalah dugaan
di sebalik dugaan kan tersemat suatu hikmah
hikmah yang tiada siapa pun mengetahuinya
hanya Allah s.w.t yang mengetahui rahsia  yang tidak diketahui manusia
sometime kita kena nikmat hidup ini sepenuhnya
kerana sometime itu kita akan tahu betapa indahnya hidup di dunia ini
fajar yang terbit di pagi hari
tumbuh-tumbuhan yang hijau berseri
hembusan sepoi-sepoi angin di siang hari
ketenangan di malam hari
bintang-bintang dan bulan yang sentiasa menemani kedinginan malam
adalah anugerah Allah swt yang tak ternilai buat seluruh umat manusia..

"Daripada Allah s.w.t Kita Datang Kepada Allah s.w.t Juga Kita Akan Kembali"
Bersyukurlah Dengan Nikmat Yang DiberiNya Dengan Sentiasa Mengingatinya Ketika Kita Senang Atau Pun Ketika Kita susah....




Sunday, March 20, 2011

PeNaT sAnGaT!!!!!!!

Hari ini kerja makan dan makan sahaja,
tengahari menghadiri majlis kenduri kahwin saudara kawan,
malam pulak ada dinner  fakulti,
fuhhhh sehari tak jumpa nasi putih hari ini,
dan yang paling cool tak sempat buat apa-apa kerja pun hari ini,
memang tak baik untuk kesihatan langsung,
tapi ingat nak try topuz dengan malam ini, harap22 berbaloilah,
sejujurnya memang enjoy lah hari ini,
walaupun agak kepenatan...

Sunday, March 6, 2011

CePaTnYa MaSa BeRlAlu......

hari ini sudah masuk minggu kedua dalam bulan mac
serius, cepat sungguh masa berlalu kadang-kadang tak sedar pun,
rasanya baru semalam je hari isnin, esok masuk isnin di minggu lain pulak,
then lepas isnin sekejap je rasa seminggu tu,
tak sempat nak buat apa-apa pun,
waaaaa kerja sangat banyak tapi tak tau nak sentuh kerja yang mana,
mujur semangat nak buat kerja masih kuat,
disebabkan inilah kita kena hargai masa-masa yang ada,
sebab masa tu sebenarnya tak tunggu pun kita,
tapi kita yang kena berusaha bagaimana nak isi masa kita,
serius rasa sangat sesak,
hari ke hari sangat cepat berlalu..
mujurlah sedar cepat..
kalau tidak dibuai mimpi la nampaknya selalu..
serius masa itu betul-betul EMAS!!!!!!

Wednesday, February 23, 2011

sesaat waktu....

sesaat waktu,
akhirnya ianya berlalu jua,
aku cuba mengisinya dengan sepenuh kerjaku, 
namun ia nya berlalu jua,
kadang-kadang aku cuba untuk gunakan sesaat itu,
tapi akhirnya aku tertewas jua,
sesaat itu pergi jua,
sesaat waktu,
aku cuba menikmatinya di hari-hariku,
agar tiada penyesalan di hati sanubariku,
aku cuba dan terus mencuba,
tetapi sesaat itu terus pergi jua,
aku merintih,
aku telah mencuba,
tetapi ianya  pergi jua.

sesaat waktu,
perginya tanpa tingallkan pesan,
datangnya begitu sahaja,
aku cuba untuk menggapainya,
namun amat lemah buatku,
ianya pergi jua.

sesaat waktu,
tidak akan sesekali menungguku,
aku pasrah,
aku terkenang-kenang sesaat itu,
tetapi apa dayaku,
ianya pergi jua.....

sesaat waktu
aku cuba untuk mendapatkan kebahagiaan sesaat itu,
sesaat waktu







Sunday, January 9, 2011

AnUgErAh JuArA lAgU kE 25

Hari ini 9 Januari 2011 akan berlangsungnya satu lagi anugerah yang mengiktiraf karya anak seni tempatan. yang paling bestnya kebanyakan mereka yang akan berentap di anugerah yang paling berprestij ini adalah artis-artis yang masih baru dalam dunia seni ini...antara artis yang bakal berentap malam ini adalah:

1. Hanyut – Faizal Tahir
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
3. Noktah Cinta – Hafiz
4. Drama King – Meet Uncle Hussein dan Black
5. Ku Ada Kamu – Adira
6. Cinta Sempurna – Yuna
7. Pelita – A.P.I
8. Berlari – Tomok
9. Sofea Jane – Black
10. Mencari Konklusi – Hujan
11. Selamat Malam – Faizal Tahir
12. Ekstravaganza – Bunkface
13. Jahat – Stacy
14. Tolong Ingatkan Aku – Anna raffali

sejak dulu lagi aku, aku tidak pernah ketinggalan untuk menonton anugerah AJL ni..antara yang menarik minat aku untuk menonton program ini disebabkan oleh ada nya artis yang aku minat, sertai pertandingan ini dulu..iaitu Datuk Siti Nurhaliza...siti ni bila dia nyanyi kan rasa macam sedap je dengar sebab tu lah aku minat dia hehehe..jadi untuk anugerah ini aku berharap lagu nyayian black dan meet uncle hussein iaitu drama king akan menjuarai AJL pada tahun ini. untuk persembahan pula harap-harap stacy akan menang dengan lagu nyayianya iaitu jahat. sebab dia punya tarian dan pembawakan lagu tu amat-amatlah mantap..untuk vokal pulak aku rasa black akan memenangi trofi untuk vokal terbaik melalui nyayian lagunya iaitu sofea jane..

*Tak sabar untuk menyaksikan persembahan bahagian interlude oleh Datuk Siti Nurhaliza*