Tuesday, January 3, 2012

Saya Suka Berpantun..

Tahun baru kini menjelma
Menjelmanya tanpa menunggu kita
Alangkah terharunya kita masih bersama
Memburu apa yang dicita-cita

Dari timur pergi ke selatan
Membawa diri seorang diri
Semoga beroleh nikmat keberkatan 
Untuk bekalan diri sendiri

Hari-hari makan pekasam
Pekasam di buat di kedai baru
Diriku jua mempunyai azam
Agar terlaksana di tahun baru

Hehehhee..tiba-tiba rasa ada bakat buat pantun... best jugak berpantun ni boleh jadi lebih kreatif plus boleh buat ayat berbunga-bunga. walaupun ayat-ayat atas tu belum berbunga-bunga lagi...takpe first try kan.. kena praktis ni hehehe. Pantun tu sempena tahun baru... urmmm semoga tahun ni lebih membawa kebahagiaan dan keberkatan buat semua. jadikan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. bukan mudah untuk menghadapi hari-hari yang mendatang tetapi bukan mudah jugak untuk bertahan dengan apa yang kita ada seperti hari ini. make ur life more fun....:)


*Semakin Bertambah Tahun, Semakin Meningkat Umur Manusia...hehhe*



No comments:

Post a Comment